Di Klinik Veterinar Itqan, kami juga terlibat dalam beberapa aktiviti kebajikan dan program-program ilmiah bersama komuniti setempat seperti di Baling, Kuala Ketil dan kawasan sekitar. Ini bertujuan bagi memastikan klinik kami bukan sahaja sebagai sekadar pusat rawatan haiwan tetapi sebagai satu pusat komuniti setempat bagi pencinta haiwan untuk sama-sama menjaga kebajikan dan keselamatan haiwan, tidak mengira spesis, bentuk rupa, atau keadaan mereka.
Pada 9 Oktober 2025, Klinik Veterinar Itqan telah berjaya melaksanakan program edukasi bersama kanak-kanak daripada Taska Mawaddah.
Objektif utama program ini adalah untuk menyemai kesedaran awal tentang kebajikan dan pengurusan penjagaan haiwan peliharaan seperti kucing, serta memberikan gambaran jelas mengenai peranan perkhidmatan veterinar.
Pihak kami juga berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai platform bagi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang sains veterinar kelak.
โAntara pengisian utama program termasuklah sesi tutorial ringkas dandanan (grooming) kucing, panduan interaksi selamat bersama haiwan, serta eksplorasi persekitaran klinik bagi memahami fasiliti yang disediakan.
Pihak klinik amat menghargai keterujaan yang ditunjukkan oleh para peserta dan berharap ilmu yang dikongsikan dapat memberi impak yang positif kepada mereka.